KEMBALI LANGSING
MEMANG mustahil jika hendak kurus sekelip mata. Ini kerana lemak
yang terkumpul pada bahagian-bahagian tubuh sudah wujud sejak bertahun tetapi
apabila hendak kurus dan langsing , mahukan sekelip mata.
Tidak kira lelaki atau wanita yang menghadapi masalah kegemukan
atau perut buncit inginkan semula tubuh yang langsing demi keyakinan diri dan
kesihatan.
Persoalannya
1 - Adakah anda tahu bahawa jika anda sengaja mengelak makan
sepanjang masa kerana anda berfikir ia tidak sihat dan menggemukkan atau anda
percaya ia adalah punca perut anda buncit, ia boleh mengubah tahap hormon anda
dan memberi kesan buruk kepada metabolisma anda?
2 - Tahukah anda jika anda berdiet ketat dari mengambil
karbohidrat, hormon yang membakar lemak anda secara automatik menjunam, melambatkan
proses metabolisma anda dan menyebabkan badan anda berhenti dari membakar lemak
dalam kurang daripada 1 minggu?
3 - Tahukah anda pada masa ini wanita daripada semua peringkat
umur di seluruh dunia, benar-benar membazir wang untuk rawatan dan produk yang
langsung tidak berkesan. Sementara itu, tahukah anda terdapat segelintir kecil
wanita dan lelaki bernasib baik kerana telah menemui sesuatu yang sebenarnya
berkesan menghilangkan lemak selama-lamanya?
Tiga sebab mengapa wanita semakin gemuk walaupun cuba untuk
kurangkan lemak. Kenapa ini berlaku?
1 - Kita semua mempunyai sel lemak yang terletaknya enzim
penyimpanan lemak dan pembakaran lemak.
Bagi badan wanita, sel lemak adalah lebih besar dan mengandungi
lebih banyak enzim penyimpanan lemak berbanding lelaki yang lebih banyak enzim
pembakaran lemak dan lebih kecil.
2 - Estrogen adalah sebuah kumpulan hormon yang memainkan peranan
penting dalam pembangunan seksual normal dan reproduktif pada wanita. Estrogen
melipat gandakan lagi enzim penyimpan lemak, menjadikan penambahan lemak di
sekeliling punggung dan paha.
3 - Diet ketat menyebabkan badan kita bertambah lapar tahap
kebuluran, merendahkan enzim pembakaran lemak sehingga 50 peratus. Itulah sebab
anda semakin sukar untuk kurus.
Kita mungkin berfikir kepada diri sendiri, "saya dah cuba
setiap makanan, pil dan segala cara yang ada. Saya telah bersenam, menahan
makan dan berusaha sedaya upaya namun semua tidak menjadi dan saya kembali
gemuk."
Ya, gemuk dan lemak berketul-ketul di seluruh tubuh.
Kesan:
* Ia memaksa anda memakai pakaian yang anda tidak suka. Pilihan
lain dan anda terpaksa memakai apa yang ada dan yang muat pada anda. Agaknya
saiz apa? S, M, L, XL, XXL
* Ia memaksa anda untuk berputus asa dan menerima diri anda
seadanya sedangkan anda mampu berfikir dan bertindak lebih daripada itu.
* Ia menyebabkan anda berangan-angan mahu menjadi kurus seperti
artis dan bukan menjadi diri anda sendiri.
* Anda akan mengalami kurang keyakinan diri, malu dengan
penampilan fizikal dan lebih teruk berasa murung. terhadap hidup yang anda
jalani setiap hari.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131006/kn_02/Kembali-langsing#ixzz2j53gHDae
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment